Untuk makluman semua, VStack5 kini secara rasminya telah berakhir. Kami telah berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri kerana sudah tiada lagi persefahaman dalam meneruskan perjalanan sebagai satu pasukan.
Walaupun kami pernah berkongsi matlamat yang sama, akhirnya kami memilih untuk bergerak secara berasingan demi kebaikan masing-masing. Terima kasih kepada semua yang pernah menyokong VStack5 sepanjang perjalanan ini.
Segala kenangan, pengalaman dan sokongan yang diberikan amat kami hargai. Semoga semua terus berjaya dalam bidang dan perancangan masing-masing.